Showing posts with label booth. Show all posts
Showing posts with label booth. Show all posts

Tuesday, 21 January 2014

OPEN AIR BAZAAR @CHAIWALLA CONTAINER CAFE JB 17&18 JAN 2014

1st OPEN AIR BAZAAR organized by respectbazzar.

Alhamdulillah... Pada 17 Januari yang lalu Zai Han Fruits telah menyertai bazaar yg berkonsepkan OPEN AIR - Terbuka iaini tiada payung atau khemah. Hanya meja Dan sedikit cahaya lampu serta cahaya bulan yang menerangi jualan pada malam Itu. Operasi bermula dari jam 7mlm hingga lewat malam.

Ini merupakan julung-julung kalinya Kami menyertai program sebegini. Ianya merupakan satu cabaran yang tidak akan Kami lupakan.

Bertempat Di perkarangan parkir berhadapan dengan Chaiwalla & Container Cafe's serta berhampirn dengan Bazaar Karat JB. Semestinya ribuan pengunjung telah menbanjiri. Tambahan pula tarikh yang sama bg penganut Hindu merayakan Thaipussam. Maka, orang ramai mengambil kesempatan untuk beriadah.

CREATIVE CONNECTION- JARO 11 JAN 2014

11 Januari 2014
Sekali lagi Zai Han Fruits turut serta dalam Jualan Amal di JARO (Johor Area Rehabilitation Organization) anjuran Arty-Party iaitu CREATIVE CONNECTION

CREATIVE CONNECTION merupakan salah satu program selain untuk membantu golongan kurang upaya Di JARO serta memperkenalkan lagi tempat tersebut. Ia juga merupakan paltform untuk anak2 Seni Johor Berkarya. Pelbagai hasil kraftangan dan karya Seni di peragakan untuk jualan.

Sekali lagi, Kami Di Zai Han Fruits amat terharu dengan penyertaan ini. Banyak yang Kami pelajari dari golongan mereka yang kurang upaya. Walaupun komunikasi Kami terbatas namun transaksi jual beli tetap terlaksana dengan hukum ijab Dan qabul nya.SUBHANALLAH...

Acara yang berlangsung dari jam 11 pagi hingga 6 petang ini amat menyeronokkan. Pelbagai golongan tidak kira umur, bangsa Dan warganegara turut hadir memeriahkan Jualan Amal ini.

Zai Han Fruits mengambil kesempatan dengan mengenengahkan produk buah-buahan potong segar, Jem nenas, Jem Epal Halia, rojak buah Dan Pelbagai buah-buahan segar. Alhamdulillah Dengan IzinNYa Jualan amat menggalakkan.

Sekalung Tahniah kepada penganjur-Arty Party kerana dapat menjayakan program ini dengan jayanya.

FENOMENA Charity Jamming 31 Dec 2013

Mungkin entri ni sedikit terlewat. Tapi kami ingin berkongsi pengalaman kami ketika turut serta dalam jualan amal anjuran AWAS & Johor Pirates - "FENOMENA CHARITY JAMMING"

Event ini dianjurkan sempena untuk mengumpul Dana bagi membantu salah sorang anak Seni kelahiran Johor yang sakit Dan memerlukan bantuan bagi menampung kos rawatannya yang tinggi. Anak Seni yang dimaksudkan ialah saudara Yazid Search.

FENOMENA CHARITY EVENT ini berlangsung.selama 1 hari pada 31 Disember 2013.Dan bertempat Di perkarangan parkir Tesco Bukit Indah,Johor Bahru.

Pelbagai acara aktiviti telah disediakan pada hari tersebut antaranya Drifts, Muzik Akustik, Zapin, Jualan Amal serta Makanan n minuman.

Kami Di Zai Han Fruits berbesar hati kerana diberi peluang untuk turut serta dalam event ini. Barangan yg Kami jual hanyalah buah-buahan potong segar Dan minuman sejuk. Selebihnya adalah barangan preloved Hasil sumbangan rakan2. Antaranya Mainan kanak-kanak terpakai, baju2 kanak-kanak terpakai Dan lain-lain.

Walaupun ianya nampak tidak seberapa. Tapi pengalaman yang Kami peroleh dari Jualan Amal ini banyak membantu Dan memberi kesedaran kepada Kami.