Sunday 23 February 2014

Homemade Jams

Alhamdulillah… Thank You Allah!!

Setelah sekian lama memendam hasrat dan impian. Dengan rasa syukur dan kasih, kami memperkenalkan Homemade Jam - Spread The Love dari Ayu Sumari keluaran Zai Han Fruits.


Apple Ginger Jam, Apple Berry Jam & Orange Marmalade. Antara 3 jenis jem yang baru diperkenalkan. Bahan-bahan yang digunakan terutama buah-buahan adalah segar. In Sha Allah dengan keizinan-NYA, kami akan pelbagaikan lagi rasa & jenis jem.

Homemade Jams ini juga sesuai untuk dijadikan sebagai door gift untuk majlis-majlis perkahwinan dan sebagainya. Untuk tempahan dan maklumat sila hubungi kami.


Monday 17 February 2014

Benefits of Fruits

Here some fact of the benefits of eating fruits. So what are you waiting for? Get your fruits now and start a healthy lifestyle.

Friday 14 February 2014

Berries… Hanya Di Zai Han Fruits



Bismillahhirrahmanirrahim…. Dengan Nama Allah kami mengumumkan bahawa kami di Zai Han Fruits kini turut menjual pelbagai jenis berries…. Yeay!!!

Jadi… apa tunggu lagi. Jom pakat ramai-ramai serbu Zai Han Fruits atau buat tempahan berries anda.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami di Zai Han Fruits 






Fruits Flower & Fruits Chocolate Bouquet



Alhamdulillah. Syukur keatas limpah kurnia dan nikmat serta rezeki yang diberikan Allah S.W.T
Dengan rasa rendah diri, kami di Zai Han Fruits ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan setia kami yang selama ini senantiasa memberi sokongan dan galakan kepada kami.

Dengan Izin-Nya, kami di Zai Han Fruits juga menyediakan perkhidmatan gubahan buah-buahan potong segar atau buah-buahan bersalut coklat sebagai satu token tanda terima kasih kepada pelanggan-pelanggan kami.

Tempahan dengan harga yang sangat berpatutan dari serendah RM20.00 sahaja. Fruits Flower atau Fruits Chocolate sangat sesuai dijadikan sebagai hadiah untuk insan-insan tersayang. Pelbagai hari istimewa boleh diraikan bersama seperti, Hari Ibu/Bapa, Hari Guru, Hari Setiausaha, Birthday, Pertunangan, Perkahwinan, atau jadikan ia sebagai cenderahati ketika kita menziarah seseorang di hospital.



Marilah kita bersama-sama mengamal budaya hidup sihat dengan menjadikan Fruits Flower atau Fruits Chocolate sebagai hadiah/cenderahati yang menarik serta menyihatkan.

Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi kami di Zai Han Fruits

Tuesday 11 February 2014

Apa itu buah Nectarines?


Buah Nectarines merupakan sejenis buah stone fruits dan ia berkaitan dengan buah pic, ceri, plum dan loquats. Pokoknya seakan pic tanpa bulu halus. Kulitnya licin dan berwarna merah dan kuning pucat. Isinya boleh berubah-ubah dari hampir putih, kuning kepada hampir merah. Setiap daripada Nectarine mempunyai biji/benih yang berbentuk  bujur telur di tengah-tengah yang sama ada mudah untuk dibuang (freestone), atau sukar untuk dibuang (clingstone).

Musim
Ia mudah didapati dari bulan September hingga April. Dan waktu puncaknya pada bulan Januari dan Februari. Maknanya, pada bulan Jan & Feb harganya lebih rendah dari biasa :)



Variasi
Nectarine dijual berdasarkan warna isinya. Samada isi kuning atau isi putih. Terdapat pelbagai jenis variasi Nectarine yang popular dipasaran. Antaranya Swanzee, Artic Sweet, Snow Queen, Firebrite, Fantasia, August Glo dan Flaming Red.

Khasiat

  • Khasiatnya lebih kurang sama dengan buah pic. Tetapi Nectarine yang berisi kuning lebih tinggi kandungan beta carotene.
  • Kaya dengan Vitaman C 
  • Sumber terbaik bagi pottasium dan membantu menyeimbangkan kandungan sodium yang kita ambil dari makanan yang bergaram.
  • Rasanya manis yang datang dari kandungan gula semulajadinya terutamanya sukrosa. Ia bagus untuk tenaga.
  • 100g Nectarine bersamaan 170kJ
Kaedah Memilih Buah Nectarine
Untuk memilih buah Nectarine yang ranum dan sedap. Apa yang anda perlu buat hanyalah pilih Nectarine yang baunya harum, warnanya terang, kulitnya licin dan berkilat.

Kaedah Penyimpanan
Setelah beli, anda boleh simpan buah Nectarines didalam peti sejuk untuk kegunaan 2 - 3 hari. Simpan ia didalam beg plastik yang diikat sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk.

Kaedah Pemakanan
Seperti yang dinyatakan, Nectarine terdiri daripada 2 jenis kumpulan - biji yang mudah dikeluarkan  dan biji yang sukar dikeluarkan di mana ia berpaut dan melekat. Jenis kedua mungkin sedikit lebih sukar untuk disediakan tetapi kedua-duanya boleh dimakan keseluruhan atau dipotong, sebaik-baiknya dengan kulitnya sekali.

Selain itu, buah Nectarine juga sesuai untuk dicampurkan kedalam salad buah-buahan, bijirin sarapan pagi, ais krim, salad dan minuman. Atau mungkin untuk menu yang lebih menari lagi ia boleh direbus, tumis, bakar atau dipanggang bersama daging, ikan dan hidangan ayam, dijadikan sebagai puding atau sos.



Pengeluar
Pengeluar terbesar buah Nectarine dan kebanyakannya di Malaysia adalah diimport dari Australia.
Maka dengan itu, harganya juga amat berpatutan.


Di Zai Han Fruits kami juga ada menjual buah Nectarines.

Thursday 6 February 2014

Kedondong ke Amrah??


Spondias Dulcis (syn. Spondias cytherea) atau dikenali juga sebagai "Ambarella". Di Malaysia & Indonesia, ia dikenali dengan nama Kedondong. Atau di utara Malaysia ia juga dinamakan sebagai Buah Amrah.

Spondias Dulcis telah diperkenalkan di kawasan tropika di seluruh dunia. Ia telah dibawa ke Jamaica pada tahun 1782, dan ia ditanam di Panama, Cuba, Haiti, Republik Dominican, Puerto Rico, Trinidad, dan timur Sucre di Venezuela. Jabatan Pertanian Amerika Syarikat telah menerima benih dari Liberia pada tahun 1909, tetapi ia tidak menjadi tanaman yang popular di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, ia ditanam di South Florida jauh ke utara seperti Palm Beach County.

Kebiasaannya buah ini digunakan sebagai sumber makanan. Di Jawa Barat , daun muda digunakan sebagai bahan perasa. Kaedah yang lazim digunakan untuk buah-buahan. Buahnya boleh dimakan mentah; isinya rangup dan sedikit masam. Menurut Boning (2006): "The fruit is best when fully colored, but still somewhat crunchy. At this stage, it has a pineapple-mango flavor. The flesh is golden in color, very juicy, vaguely sweet, but with a hint of tart acidity." 


Pelbagai kaedah sajian boleh digunakan berasaskan buah istimewa ini. Selain makan secara mentah, dibuat jeruk atau jus. Ia juga boleh jadikan salah satu bahan untuk rojak seperti di Malaysia & Indonesia.  Atau pun, jadikan ia sajian istimewa seperti paceri kedondong yang lazimnya berasaskan nanas. Di Fiji ia dibuat menjadi jem . Di Samoa dan Tonga ia digunakan untuk membuat otai (sejenis minuman buah) . Di Sri Lanka buah direndam dalam cuka dengan cili dan rempah lain untuk dibuat makanan ringan yang dipanggil acharu. Di Vietnam kedondong muda dimakan dengan garam , gula, dan cili , atau belacan. Di Jamaica, ia dianggap sesuatu yang baru , terutamanya bagi kanak-kanak . Ia boleh dimakan dengan garam atau dijadikan minuman manis dengan gula dan rempah ratus serta halia. Di Kemboja ia dicampurkan ke dalam salad yang dipanggil mkak nhoum. Di Suriname, kedondong dikeringkan dan dijadikan chutney pedas, dicampur dengan bawang putih dan lada .

Antara gelaran yang diberikan pada buah istimewa ini :-