Buah Nectarines merupakan sejenis buah stone fruits dan ia berkaitan dengan buah pic, ceri, plum dan loquats. Pokoknya seakan pic tanpa bulu halus. Kulitnya licin dan berwarna merah dan kuning pucat. Isinya boleh berubah-ubah dari hampir putih, kuning kepada hampir merah. Setiap daripada Nectarine mempunyai biji/benih yang berbentuk bujur telur di tengah-tengah yang sama ada mudah untuk dibuang (freestone), atau sukar untuk dibuang (clingstone).
Musim
Ia mudah didapati dari bulan September hingga April. Dan waktu puncaknya pada bulan Januari dan Februari. Maknanya, pada bulan Jan & Feb harganya lebih rendah dari biasa :)
Variasi
Nectarine dijual berdasarkan warna isinya. Samada isi kuning atau isi putih. Terdapat pelbagai jenis variasi Nectarine yang popular dipasaran. Antaranya Swanzee, Artic Sweet, Snow Queen, Firebrite, Fantasia, August Glo dan Flaming Red.
Khasiat
- Khasiatnya lebih kurang sama dengan buah pic. Tetapi Nectarine yang berisi kuning lebih tinggi kandungan beta carotene.
- Kaya dengan Vitaman C
- Sumber terbaik bagi pottasium dan membantu menyeimbangkan kandungan sodium yang kita ambil dari makanan yang bergaram.
- Rasanya manis yang datang dari kandungan gula semulajadinya terutamanya sukrosa. Ia bagus untuk tenaga.
- 100g Nectarine bersamaan 170kJ
Untuk memilih buah Nectarine yang ranum dan sedap. Apa yang anda perlu buat hanyalah pilih Nectarine yang baunya harum, warnanya terang, kulitnya licin dan berkilat.
Kaedah Penyimpanan
Setelah beli, anda boleh simpan buah Nectarines didalam peti sejuk untuk kegunaan 2 - 3 hari. Simpan ia didalam beg plastik yang diikat sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk.
Kaedah Pemakanan
Seperti yang dinyatakan, Nectarine terdiri daripada 2 jenis kumpulan - biji yang mudah dikeluarkan dan biji yang sukar dikeluarkan di mana ia berpaut dan melekat. Jenis kedua mungkin sedikit lebih sukar untuk disediakan tetapi kedua-duanya boleh dimakan keseluruhan atau dipotong, sebaik-baiknya dengan kulitnya sekali.
Selain itu, buah Nectarine juga sesuai untuk dicampurkan kedalam salad buah-buahan, bijirin sarapan pagi, ais krim, salad dan minuman. Atau mungkin untuk menu yang lebih menari lagi ia boleh direbus, tumis, bakar atau dipanggang bersama daging, ikan dan hidangan ayam, dijadikan sebagai puding atau sos.
Pengeluar
Pengeluar terbesar buah Nectarine dan kebanyakannya di Malaysia adalah diimport dari Australia.
Maka dengan itu, harganya juga amat berpatutan.
Di Zai Han Fruits kami juga ada menjual buah Nectarines.
No comments:
Post a Comment