Alhamdulillah. Syukur keatas limpah kurnia dan nikmat serta rezeki yang diberikan Allah S.W.T
Dengan rasa rendah diri, kami di Zai Han Fruits ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan setia kami yang selama ini senantiasa memberi sokongan dan galakan kepada kami.
Dengan Izin-Nya, kami di Zai Han Fruits juga menyediakan perkhidmatan gubahan buah-buahan potong segar atau buah-buahan bersalut coklat sebagai satu token tanda terima kasih kepada pelanggan-pelanggan kami.Tempahan dengan harga yang sangat berpatutan dari serendah RM20.00 sahaja. Fruits Flower atau Fruits Chocolate sangat sesuai dijadikan sebagai hadiah untuk insan-insan tersayang. Pelbagai hari istimewa boleh diraikan bersama seperti, Hari Ibu/Bapa, Hari Guru, Hari Setiausaha, Birthday, Pertunangan, Perkahwinan, atau jadikan ia sebagai cenderahati ketika kita menziarah seseorang di hospital.

Marilah kita bersama-sama mengamal budaya hidup sihat dengan menjadikan Fruits Flower atau Fruits Chocolate sebagai hadiah/cenderahati yang menarik serta menyihatkan.
Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi kami di Zai Han Fruits

No comments:
Post a Comment