Tuesday 21 January 2014

FENOMENA Charity Jamming 31 Dec 2013

Mungkin entri ni sedikit terlewat. Tapi kami ingin berkongsi pengalaman kami ketika turut serta dalam jualan amal anjuran AWAS & Johor Pirates - "FENOMENA CHARITY JAMMING"

Event ini dianjurkan sempena untuk mengumpul Dana bagi membantu salah sorang anak Seni kelahiran Johor yang sakit Dan memerlukan bantuan bagi menampung kos rawatannya yang tinggi. Anak Seni yang dimaksudkan ialah saudara Yazid Search.

FENOMENA CHARITY EVENT ini berlangsung.selama 1 hari pada 31 Disember 2013.Dan bertempat Di perkarangan parkir Tesco Bukit Indah,Johor Bahru.

Pelbagai acara aktiviti telah disediakan pada hari tersebut antaranya Drifts, Muzik Akustik, Zapin, Jualan Amal serta Makanan n minuman.

Kami Di Zai Han Fruits berbesar hati kerana diberi peluang untuk turut serta dalam event ini. Barangan yg Kami jual hanyalah buah-buahan potong segar Dan minuman sejuk. Selebihnya adalah barangan preloved Hasil sumbangan rakan2. Antaranya Mainan kanak-kanak terpakai, baju2 kanak-kanak terpakai Dan lain-lain.

Walaupun ianya nampak tidak seberapa. Tapi pengalaman yang Kami peroleh dari Jualan Amal ini banyak membantu Dan memberi kesedaran kepada Kami.

No comments:

Post a Comment