Tuesday 21 January 2014

CREATIVE CONNECTION- JARO 11 JAN 2014

11 Januari 2014
Sekali lagi Zai Han Fruits turut serta dalam Jualan Amal di JARO (Johor Area Rehabilitation Organization) anjuran Arty-Party iaitu CREATIVE CONNECTION

CREATIVE CONNECTION merupakan salah satu program selain untuk membantu golongan kurang upaya Di JARO serta memperkenalkan lagi tempat tersebut. Ia juga merupakan paltform untuk anak2 Seni Johor Berkarya. Pelbagai hasil kraftangan dan karya Seni di peragakan untuk jualan.

Sekali lagi, Kami Di Zai Han Fruits amat terharu dengan penyertaan ini. Banyak yang Kami pelajari dari golongan mereka yang kurang upaya. Walaupun komunikasi Kami terbatas namun transaksi jual beli tetap terlaksana dengan hukum ijab Dan qabul nya.SUBHANALLAH...

Acara yang berlangsung dari jam 11 pagi hingga 6 petang ini amat menyeronokkan. Pelbagai golongan tidak kira umur, bangsa Dan warganegara turut hadir memeriahkan Jualan Amal ini.

Zai Han Fruits mengambil kesempatan dengan mengenengahkan produk buah-buahan potong segar, Jem nenas, Jem Epal Halia, rojak buah Dan Pelbagai buah-buahan segar. Alhamdulillah Dengan IzinNYa Jualan amat menggalakkan.

Sekalung Tahniah kepada penganjur-Arty Party kerana dapat menjayakan program ini dengan jayanya.

No comments:

Post a Comment